Tuesday 26 January 2016

Stylista Corner yeeehaaaa

dah genap 2 tahun rasanya grad. gitcheww.

ramai dah sambung degree balik, ada yang dah kerja.

normallah kan. aku?

jeng jeng jeng..

hahaha.

sis malas nak cakap panjang lebar.

malas k. malas. haha

jadi aku dengan 2 org sahabat aku ni pun plan nak berniaga online kat instagram.



yelah, boleh crik side income sikit kann.

daripada zero jugaklah, tak ada modal pun.

gigih carik dropship semua. alhamdulillah mula dr bawah la kan.

seronok berniaga ni rupanya, dulu masa study housemate aku si pija ngn amal suka betul berniaga.

aku ni memang langsung tak minat, tapi ada jugaklah tolong dorang ni sikit-sikit.

tapi bila habis belajar dan kau start menganggur barulah sis mendapat kesedaran, haha.

selepas di ajak oleh Yaseming untuk join berniaga, hahaha.

begitulah seterusnya.

dropship pun kena pandai cari, yelah walaupun tak perlu keluar modal pun kan. sebab dropship ni kau just promote.

yang buat keje pos barang kpd customer semuanya dorang.

memang agak selalu terkena jugaklah ktorang sebab kdg2 dropship salah hantar barang jadi yang menanggung ktorang jgak.

syukur, sebab dari situ jgak dapat belajar. haha. belajar dari kesilapan.

seharusnya begitulah kan.

okay.

aku, minggy & ama pun decided nak jual apa.

of course la mak jemah berniaga pakaian. perempuan kan.

memang harga mampu milik. jangan risau. haha

kasi can promote la kan.

kalau bukak IG tu jomlah usha dekat stylistacorner yer uolls. giteewww.

https://www.instagram.com/stylistacorner/

orait?

xoxo :)





Thursday 13 August 2015

Rapat Tapi Tak Kenal

Ada seorang sahabat aku, satu ayat dia yang buat terkesan sangat.

RAPAT TAPI TAK KENAL.

Simple tapi dah cukup buat kau rasa macam terkesan habis.

Kenapa? Mungkin sebab kau ada lalui benda yang sama? Mungkin?

Siapa sangka teman sebantal -setilam, makan sepinggan, yang buat kerja gila-gila bersama boleh jadi jauh.

Padahal zaman teknologikan? Semua pun ada.

Boleh je kalau nak Whatsapp, WeChat, Skype, Telegram apa lagi, semua pun boleh. Tak ada internet pun boleh je kalau nak mesej atau call.

Tapi itulah, nak tanya khabar pun boleh buat aku rasa janggal.

Tipu kalau aku cakap aku tak rindu. Nak kata aku malu pun tak juga. Tapi itulah, Janggal.

Atau senang kata Ego sebenarnya.

Langsung tak terniat nak menjauhkan diri tapi cukuplah sibuk dengan urusan sendiri sebagai alasan kukuh untuk aku.

Padahal kerja pun tak ada.

Satu sahaja yang aku yakin. Sahabat tetap sahabat.

Kalau dah nama pun sahabat, jarang berhubung sekali pun cukup buat untuk aku yakin yang korang sentiasa ada di sisi aku.

Tak mampu aku nak balas segala kebaikkan korang.

Aku tak mampu jadi sahabat yang  baik, maafkan aku.

Terima kasih atas segala memori. Memori yang takkan pernah aku lupa, susah senang dengan korang.

Sunday 14 December 2014

Assalamualaikum & anneyongg.

lama derr tak update blog. bajet mcm ada org baca kan? haha

peduli apa aku, kahkah.

alhamdulillah, dah nak masuk tahun baru dah pun.

alhamdulillah dah grad dah pun dari KUIM terCHENTA.



rindu KUIM, hahaha. sangat. k, tipu. bukan rindu sangat kat KUIM pun, tapi rindu kawan2 kot.

rindu suasana pengajiannya. rindu pensyarah2 yg osem gilos.

rindu nak ketuk pintu rumah org malam2 dahtu lari. hahaha.

rindu jambu yg amal ngn pija jual.

rindu air hijau kat kedai mak. kbye. hahaha





Friday 1 August 2014

Sajaaaaaa

Assalam & anneyong guys!

lama aku dah tak update belog yg memang ntah-hape-ntah nih

alhamdulillah pejam celik dah masuk bulan syawal ooiii.

alhamdulillah jgak aku dengan tidak rasminya telah menamatkan pengajianku di KUIM ececeh sonokkk!

raya tahun ni agak hmmm la bagi aku.

puasa pun kau macam hmmm ada hati nak beraya meriah sakan iya dak?

dan pada masa yang sama negara kita sekali lagi di uji oleh ALLAH dengan tragedi MH 370 dan MH 17 :(

tidak di lupakan dengan saudara saudara kita di Gaza. Allahu :(

mohon doa dari kalian jugak ya sahabat.

okay. berbalik kepada tujuan utama aku nak update tadi.

sebenaqnya takda motip apa apa pun.

sekadar nak melunas dendam nak menaip dan mengupdate belog, kahkahkah.

okay bye. salam syawal!

Saturday 16 November 2013

Merapu.

Bismillah :D

Assalamualaikum, salam sejahtera & salam 1 Malaysia.

Hahaha, formal gila iolls. lama dah tak update belog yang ntahpapantah nih. merapek je lebih kan? hmm. reason? takde idea nak update apa plus sepanjang kehidupanku di kampus tarak line tenet so bila balik ghumah iolls sakai bukak RM dan update pesbuk. of course la kan. aha.

so, sekarang iolls tengah berpraktikal kat salah sebuah organisasi yg agak hmmm. kalau korang ada nampak sorg budak yg mcm lost tak tentu pasal dan selalu sesat, then that is me. aha. dalam hati korg kompem macam ni, "apalah motip budak sekor ni update entri merapu" ahaha. sabar luu. iolls tengah tunggu idea datang. aha.

okay. frankly speaking, ghamai dok tanya. macam mana praktikal? okay? ini jawapan paling selamat daripada iolls. aha.

bg iolls, bergantung dgn diri sendiri jugak. kalau uolls reti bawak diri, okaylah. kompem boleh kawtim dengan org kat situ. tapi iolls ni punyalah slow nak get through ngan dorang so, lil bit hmmm. and yang paling penting, uolls kena pilih tempat yg sebetulnya ikut course uolls, kang tak masal kena campak bahagian lain. seperti iolls. aha. bak kata lupi memang agak mustahil kalau dorang nak campak iolls bahagian planning or surveying dan yg sewaktu dengannya. okay, tak lawak.

pilih organisasi  yang bersesuaian dengan course uolls. itu yang paling penting okay! mana tau untung nasib kena serap jadi pekerja situ bila dah grad nanti. aha! LOL. no wonder la bila time present nanti ramai yg kena maki dan iolls amat memahami situasi itu.

okay, sekarang ni dalam hati korang akan cakap, budak ni nak update pasal apa sebenarnya???!! haha. maaf. iolls hanya menaip tak tentu pasal. auwww! menyampah i.

bila diri sendiri masuk ke alam pekerjaan ni iolls mula berfikir, caner our parents berkerja susah payah just nak we olls grow up dan jadi seorang yang berguna! penat kot. dahlah bosan mengadap benda yang sama. itu yang iolls dok pikiaq first week kat situ. amat rugi lah kalau kita tak manfaatkan pengorbanan yang our parents buat.

dan kat situ jugaklah iolls sedar diri yang segala problem yang iolls alami kononnya dah nak separuh mati berat dia sebenarnya takde la besar mana pun kan? aha. sebab? iolls jumpa ramai org dan probelm dorg lagi hebat dr iolls. fuhh, masyaAllah. hmm.

tapi part ni yg iolls tak berapa nak berkenan. kepada uolls yg berkenaan. uolls yg lebih dewasa sepatutnya tunjuklah benda yg baik buat org muda. toksah jadi kipas susahmati bos. asyik nak mengampu memanjang. ehh, nanti bila org muda buat salah tau pulak nak menunding jari. adess. haishh, yang ni memang dah tak boleh dah. sudah sudah lerr buat gitu yekk.

motip iolls cakap gitu? sebab iolls mengalami benda tu sendiri. aisehh. sudah sudah ler nak burukkan org lain tak tentu pasal. nanti kena balik baru padan muka. hmm. iolls ingatkan zaman kecik-kecik je mengalami benda macam ni. hmmm.

ini bukan sesi luahan perasaan okay. ahaha. lepas ni nak update entri lain pulak. perasaan yg tak senonoh cepat main jauh jauh. kbye. adios amigos.

Friday 2 August 2013

Oh my ramadhan!

Bismillah :D

Assalamulaikum & salam ramadhan peeps!

Pejam celik pejam celik rupa-rupanya kita sudah berada di penghujung ramadhan, MasyaAllah :(

Sekejap benar masa berlalu, rasa seperti tidak sanggup meninggalkan ramadhan. Terasa pilu hendak meninggalkan ramadhan, maklumlah bulan ramadhan kan semua advance.

Boleh dok pulun sehabis baik untuk ramadhan kali ini. Bila teringat ramadhan pada tahun ni terasa sedih pula. Hiba, sungguh!

masih adakah ramadhan buat diri kita pada tahun hadapan?

what had i gained daripada ramadhan kali ni?

raya nak, ramadhan buat cikai-cikai je. lepas tu cakap sedih nak tinggalkan ramadhan. terasa kosong bagai. Allah bagi peluang, tapi still tak nak hargai. Sungguh aku rugi!

fuhh, sentap! baru sekarang nak sentap?

memang haru la. berperang dengan perasaan sendiri. Allahurabbi :(

apa pengertian ramadhan bagi diri kita sebenarnya? apakah main target kita sebenarnya?

Allahurabbi, please guide us to the right path :(

_________________________________________________________________________________

Sekadar bingkisan bukannya luahan :)

Ya Allah, permudahkanlah jalanku menuju jalan yang di redhai olehMu. Amin.

Friday 3 May 2013

Hari Bersamamu :)

Bismillah :D

Assalamualaikum & anneyong haseyo!

Alhamdulillah, masih di beri peluang bernafas, hihi.

Byeahh, so this is my second post maybe? 

Yeahh, alhamdulillah Na diberi peluang untuk berkhidmat*berkhidmat la sangat kat Taska Di Rumah Mimi 

 Walaupun penat tahap tak ingat tapi enjoy gilaaa! hihi

Baby dia comeyy gitu, bhihi.

Yeahh, sebab ari ni duty Na dalam bilik baby jer pong inshaaAllah esok handle bebudak umo setahun ke atas. *tu pong lau ramai, hoho.

jatuh hati ngan baby kat sana, especially :-

Jazell :3 mula2 dia malu2 cat nak tido, last2 rebah jugak akhirnya, hih.

Handsome! mudah-mudahan jadi anak yg soleh ye sayang :)


anak-anak yg penat beriadah bersama teman-teman sepermainan :)



haaa, yg nie nakal tp comel, tak ingat nama dia.

lau tak silap Awang kot, handsome kan? 

teacher harap awk jadi anak yg soleh, dan mujahid agama, amin :D


Baby Fia :D tidak pernah lekang dgn senyumannya yg indah.

May Allah bless, sayang.


Baby Ayra yg amat manja dgn Na.

Na rasa terharu sgt bab susah budak nak manja ngan Na :)

Teacher syg awk, jangan nakal-nakal tau!


My lovely Zati :)

Comel sesangat, love you sayang :D


Aigooo yaa, my little Adam :D

Awak buat teacher jatuh hati kat awak laaa, kompem rindu nanti lau tak jumpa kan?


Haaa, my Mu'ayyad :D

senyum jer bila kena kacau, padahal tak buat pape pong.

gelak dia comelllll :3


Nie jer yang sempat Na snap tadi, almaklumlah sibuk terkejar sana sini. hihi.

Tapi takpe, rasa puas sangat bab dah berikan yang sehabis baik sampai empty tenaga Na, hihi.

Syukur Ya Allah, dah tak takut sangat nak main ngan bebudak nih, rasa seronok pula.

Tetiba rasa cam,

Ya Allah, syukur kerana bagi peluang kat Na rasa camaner nak jaga anak-anak nih.

Ya Allah, rasa cam tenang sangat pandang muka baby nih, dorang seperti kain putih. Doa Na agar mereka menjadi pejuang agama kita nanti, amin :D doa teacher sentiasa mengiringi kalian sayang.

Walaupun 2 hari jer pon. Hihi. 

Cc to :

Kak Mimi yang bagi chance kat Na.

Kak Sal yang byk bg tunjuk ajar dan bantu Na.

Sue yg berani bagi peluang kat Na.

Kak Jac yg sedikit sebanyak ajar Na.

Trimas sesangat, Na takkan lupa benda nih :D