Thursday 13 August 2015

Rapat Tapi Tak Kenal

Ada seorang sahabat aku, satu ayat dia yang buat terkesan sangat.

RAPAT TAPI TAK KENAL.

Simple tapi dah cukup buat kau rasa macam terkesan habis.

Kenapa? Mungkin sebab kau ada lalui benda yang sama? Mungkin?

Siapa sangka teman sebantal -setilam, makan sepinggan, yang buat kerja gila-gila bersama boleh jadi jauh.

Padahal zaman teknologikan? Semua pun ada.

Boleh je kalau nak Whatsapp, WeChat, Skype, Telegram apa lagi, semua pun boleh. Tak ada internet pun boleh je kalau nak mesej atau call.

Tapi itulah, nak tanya khabar pun boleh buat aku rasa janggal.

Tipu kalau aku cakap aku tak rindu. Nak kata aku malu pun tak juga. Tapi itulah, Janggal.

Atau senang kata Ego sebenarnya.

Langsung tak terniat nak menjauhkan diri tapi cukuplah sibuk dengan urusan sendiri sebagai alasan kukuh untuk aku.

Padahal kerja pun tak ada.

Satu sahaja yang aku yakin. Sahabat tetap sahabat.

Kalau dah nama pun sahabat, jarang berhubung sekali pun cukup buat untuk aku yakin yang korang sentiasa ada di sisi aku.

Tak mampu aku nak balas segala kebaikkan korang.

Aku tak mampu jadi sahabat yang  baik, maafkan aku.

Terima kasih atas segala memori. Memori yang takkan pernah aku lupa, susah senang dengan korang.

No comments:

Post a Comment